Post best

Wednesday, 12 December 2012

Perbandingan Nikon dan Canon...




            Selalu org tanya saya mane lg best...Nikon ke Canon..??Perbandingan Canon DSLR VS Nikon DSLR, mana lebih bagus? Camera digital mana yang terbaik, kamera digital Canon atau Nikon? Dalam banyak-banyak kamera, mana yang boleh menangkap gambar paling bagus dan berkualiti ? Semua soalan ini adalah sangat subjektif dan boleh dikatakan tiada jawapan yang betul-betul tepat.


Kelebihan kamera Canon ialah kualiti gambar yang bagus untuk tangkap pergerakan pantas. Oleh sebab itu, tidak hairan kalau kamera Canon lebih banyak digunakan oleh jurugambar atau jurukamera sukan. Kelebihan kamera Canon ini menjadikan pergerakan atlet yang bergerak pantas boleh ditangkap dengan jelas. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kamera jenama lain seperti Nikon, Sony dan sebagainya tidak boleh mengambil gambar pergerakan pantas dengan baik.
Kelebihan kamera Nikon secara amnya ialah kualiti gambar yang lebih natural. Oleh itu kamera Nikon sesuai untuk mengambil gambar permandangan (scene) atau potrait. Walaubagaimanapun, seperti kamera Canon yang boleh mengambil gambar pergerakan pantas dengan jelas. Ini tidak bermakna kamera jenama lain seperti Canon, Sony, Panasonic dan sebagainya tidak boleh mengambil gambar permandangan (scene) atau potrait dengan baik.
Perbandingan Kamera Canon VS Nikon | Perbandingan kamera Canon atau Nikon, mana lebih bagus. Photography adalah bergantung kepada skil jurugambar dan cara memanipulasi sesebuah kamera untuk hasil terbaik. Sensor ,zoom, dan setting yang mesra adalah antara beberapa faktor yang diambil kira. Gambar yang bagus juga bergantung kepada lensa kamera yang kita pakai. Setiap kamera ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, pemilihan kamera terbaik adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan kita.
SOOOO...kesimpulannya....beli je mane2 yg korang rase best...InsyaAllah,kalo pandai guna...ape2 gambar pon bole jadik cantik..sy ni pengguna SONY...hehe...ada mase sy cite kelebihan SONY pulak ye...=)

  

No comments:

Post a Comment